Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga atlet memanah Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia pada Jumaat.<br />Baginda berdua turut berdukacita dan menzahirkan rasa sedih atas pemergian Olimpian Negara itu serta berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi suasana pilu dalam bulan Syawal.
